Minggu, 11 Oktober 2009

Bidadari Berbicara

"Wahai kakakku, kenapakah lemah sungguh kaum

hawa itu, asyik berteman tangis dan

sendu sahaja."

Lalu berbicara si bidadari berwajah

manusia;

"wahai adikku, bukan wanita itu

lemah dek kerana tangis

dan sendunya. Tapi

disitulah wahai adikku,

kekuatan utuh tak

ternilai andai pandai

digunakan sebaiknya. Tangis sendunya

wanita itu wahai adikku, bisa

meleburkan ego

seorang lelaki. Menjadi

'izzah' yang paling gah

bahkan lebih gah dari

kekuatan seorang lelaki. Kerana

sendu-rayunya wanita itu, Musa a.s.

terselamat dari kekejaman Firaun. Duhai adikku,

lembut wanita itu bukan lemah, tapi senjata

gagah."

Si adik tidak berpuas hati. Lalu dipertikaikannya

lagi;

"Namun wahai kakakku, wanita itu fitnah dunia."

Tersenyum sang bidadari berwajah manusia.

"Pernahkah adikku dengar akan pesanan Ilahi

pada hambanya? Wahai para lelaki yang beriman,

tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah

auratmu. Lalu ALLAH berfirman lagi antaranya

bermaksud, wahai para wanita yang beriman,

tundukkanlah pandanganmu, dan tutuplah

auratmu. Lantas cuba adik nilai, pada siapa terlebih

dahulu ALLAH dahulukan pesanannya? Pada

hamba yang bergelar ar-Rijal. Kerana, andai sang

lelaki menjaga pandangannya, maka tidak

mungkin terlihat akan wanita yg menjadi fitnah

pada dirinya. Dan tidak ALLAH lupakan pesanan

buat wanita, agar memelihara auratnya kerana

disitulah kehormatannya. Sesungguhnya para

wanita-wanita syurga bergelar Hurun 'Ain itu,

mereka tidak memperagakan diri mereka kecuali

kepada para suami mereka sahaja. Dan mereka

dikatakan wanita-wanita yang suci. Tambahan

lagi, wanita yg beriman itu, kata Rasulullah, lebih

tinggi martabatnya! Bukan fitnah semata-mata

jikalau ar-Rijaal dan an-Nisa' sama-sama mematuhi

pesanan Ilahi. Sesungguhnya wanita beriman yang

solehah itu lebih baik dari ribuan lelaki yang soleh."

Adik masih tidak puas hati.

"Tapi kakakku, kenapa wanita itu menjadi

peragaan? Tidakkah mereka berasa malu?"

Sang bidadari berwajah manis menguntum senyum

penuh makna. Adus, semakin terasa mendalam

kasih sayang pada penghuni jannah ini!

"Wahai adikku sayang. Al-Haya' itu dalam diri

setiap insan. Wujudnya seiring dengan nafas insani.

Dan al-Haya' itulah pakaian iman. Pada diri wanita

itu, indah al-Haya' sebagai pembenteng diri. Namun,

bilila mana al-hayanya lebur, imannya runtuh. Kenapa

mereka merelakan diri menjadi bahan tontonan?

Kerana mereka sebenarnya paranoid. Merasakan diri

tidak cukup menarik. Merasakan belum cukup lagi

dunia melihat diri mereka. Mereka sebenarnya golongan

yang kalah dari segi psikologi. Namun adikku, wanita

solehah itu pasti melindungi diri mereka dari perbuatan

murahan itu."

Adik menggaru-garukan kepalanya.

"Jadi kakak, masih wujudkah wanita yang solehah

didunia ini? Bagaimana hendak adik kenali mereka?"

Sang bidadari tersenyum lagi. Hati terdetik moga

ALLAH merahmati mujahid kecil ini. Berjihad dalam

dunianya sendiri.

"Wahai adikku, di zaman Rasulullah, diperintahkan

wanita-wanita yang beriman itu untuk menutupi aurat

mereka, dengan itu mereka mudah dikenali sebagai

wanita yang bermaruah. Maka demikianlah adikku

menilai mereka. Tapi perlu juga dilihat pada keikhlasan

hatinya, jua pada akhlaknya.

Di zaman ini, tidak susah membezakan wanita yg

solehah dan yang toleh. Namun adikku, jangan

dicemuh wanita yang toleh itu, kerana dalam hati-hati

mereka, tetap ada satu permata indah. Perasaan cinta

pada ALLAH. Kerana fitrah cinta pada Rabb itu

sentiasa ada dalam jiwa setiap insan. Adikku, mereka

ini, tetap punyai keinginan untuk kembali pada jalan

yang mereka tahu hak ALLAH. Cuma kadang-kadang

label solehah itu terasa berat di bahu mereka. Kadangkadang,

mereka takut pada persepsi wara' dan alim.

Sedangkan itu cumalah persepsi. Hakikatnya, wara' itu

bermaksud menjaga.

Maka sesiapa sahaja yang menjaga adalah wara'. Alim

itu maksudnya mengetahui. Barangsiapa yang berilmu

maka dia adalah alim dalam bidangnya.

Persepsi yang salah pada dua perkataan ini menjadikan

mereka takut untuk berubah kepada peringkat yang

lebih baik. Sedangkan mereka alpa bahawa ALLAH

tidak menjadikan makhluk ciptaanNya tanpa tujuan

dan garis panduan. ALLAH tidak zalim kepada

ciptaanNYA. Dia mengetahui apa yang terbaik untuk

makhluk generasi Hawa ini. Ditinggikan martabat

golongan Hawa ini, tetapi sayang seribu kali sayang,

golongan Hawa ini kadang-kadang merendahkan

martabat mereka yang ALLAH jadikan penuh

kemuliaan."

"Wahai adikku, terdapat 1001 keindahan penciptaan

wanita. Jadi, pandai-pandailah dikau menilai antara

permata dan debu-debu kilauan pasir."

"Wahai adikku, wanita ibarat epal. Epal yang tidak

berkualiti amat mudah diperolehi kerana ia berguguran

ditanah. Namun, epal yang tidak mampu dibeli, ia

berada di perdu tinggi. Susah dipetik, susah digapai.

Terkadang epal itu risau, kenapalah diriku belum

dipetik. Lantas ia merendahkan martabatnya dan

menggugurkan diri menyembah tanah. Sedangkan ia

sebenarnya telah ALLAH jadikan begitu tinggi

martabatnya. Sama seperti yang dijanjikan ALLAH,

perempuan yang terbaik adalah untuk lelaki yang

terbaik."

Adik terpaku sendiri. Mungkin membayangkan

sepohon epal yg besar dengan buah-buah epalnya yang

merah-kemerahan.

Sang bidadari lalu bangkit. Bicaranya sudah berakhir

buat masa ini. Wahai adikku, sungguh tulus bersih

jiwamu. Benarlah kata ALLAH, kamu kanak-kanak

adalah penghuni syurga kerana lahirmu suci dari

sebarang dosa.